____SELAMAT DATANG KE BLOG ZON KRISTAL EKSA____

Sunday 10 March 2019

CARTA PERANCANGAN AMAL ZON KRISTAL TERKINI TAHUN 2016

INFO EKSA

EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) ialah Amalan 5S yang kini dijenamakan semula. Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.
Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:
  1. meningkatkan imej korporat;
  2. menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green;
  3. menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan stakeholders;
  4. memperluaskan pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan; dan
  5. memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian organisasi/ agensi Kerajaan.

DASAR EKSA

“MEMUPUK, MENGAMAL DAN MEMBUDAYAKAN SEMANGAT
KERJA BERPASUKAN BAGI MEMBENTUK PERSEKITARAN KERJA YANG
BERSIH DAN SELAMAT KE ARAH PERKHIDMATAN BERKUALITI SERTA
MEMENUHI KEPUASAN PELANGGAN ”

OBJEKTIF EKSA


         1.      MENGGALAKKAN AMALAN KERJA BERPASUKAN DAN SALING BEKERJASAMA

         2.      MELALUI AKTIVITI KAIZEN (PENAMBAHBAIKAN).

         3.      MEWUJUDKAN PERSEKITARAN KERJA YANG BERSIH, KEMAS, SELAMAT DAN                 KONDUSIF.

         4.      MEMASTIKAN PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN BERKUALITI.

         5.      MENINGKATKAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN                 YANG  DITAWARKAN.


Friday 22 June 2018

MINIT MESYUARAT ZON KRISTAL BIL.1/2018




LAPORAN MESYUARAT AHLI ZON KRISTAL BIL 1/2018
Tarikh             :         23 April 2018
Masa              :         2.30 petang
Tempat           :         Bilik Mesyuarat Aras 6

KEHADIRAN:

        1.       PN. SITI RAHMAH BINTI HUSAIN
        2.       PN. RASHIDAH BINTI SAPINGI @ SHAFIE
        3.       TN. MOHD TAUFIK NA’IM BIN KAMARUDDIN
        4.       PN.HERLINA AINIZAWATI BINTI ZAKARIA  
        5.       PN. RUZIANA BINTI ABDUL HAMID
        6.       PN.HJH. HARYANTI BINTI ABU HASSAN
        7.       PN.NORHASLINDA BINTI ABD GHANI
        8.       PN. ZAIRATUL ANATI BINTI MISKON
        9.       CIK NUR HIDAYAH BINTI ABDULLAH
       10.    EN.SHAMSUDDIN BIN MANAN
       11.    EN. SAHROL ASRI BIN MISRAN

PERKARA YANG DIBINCANGKAN:
Mesyuarat telah mengalu-alukan kedatangan semua ahli zon. Mesyuarat dimulakan dengan Bacaan Al-Fatihah. Ketua Zon telah menyenaraikan semula kawasan-kawasan seliaan setiap ahli zon dan membacakan kriteria-kriteria auditan untuk diberi perhatian oleh setiap ahli zon. Di samping itu mesyuarat mengalu-alukan kehadiran ahli zon yang baharu iaitu Pn. Sitri Rahmah bin Husain yang telah berpindah dari Aras 4 (Zon Zircon). Seterusnya mesyuarat. Ketua Zon juga telah memaklumkan baahwa aka nada satu audit dalam pada tahun 2018 dan tarikh gotong royong akan diamklumkan kemudian. Ketua Zon menyampaikan amanah supaya setiap dari ahli zon akan mengambil berat akan kawasan seliaan masing-masing dan memberikan komitmen sepenuhnya.

Disediakan oleh: Puan Zairatul Anati binti Miskon

Disemak oleh    : Puan Rashidah binti Shafie