____SELAMAT DATANG KE BLOG ZON KRISTAL EKSA____

Sunday 10 March 2019

INFO EKSA

EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) ialah Amalan 5S yang kini dijenamakan semula. Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.
Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:
  1. meningkatkan imej korporat;
  2. menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green;
  3. menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan stakeholders;
  4. memperluaskan pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan; dan
  5. memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian organisasi/ agensi Kerajaan.

No comments:

Post a Comment